November 3, 2026

DUN Melaka bubar berkuat kuasa esok

0
Berapa besarkah tip RM5 buat ‘abang rider’ (45)

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan secara rasmi esok.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini, seperti dilaporkan Astro Awani.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki tarikh pembubaran DUN Melaka yang menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu, sekali gus membuka laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ab Rauf berkata, pembubaran yang berkuat kuasa pada 23 September itu dibuat berdasarkan Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Melaka 1957.

“Saya telah menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN Melaka dan seterusnya memohon perkenan untuk pembubaran DUN Melaka.

“Sukacita saya maklumkan Tun Mohd Ali perkenan bagi DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok 23 September 2026,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dengan pembubaran DUN berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengambil tindakan selanjutnya termasuk menetapkan tarikh writ pilihan raya, penamaan calon dan hari pengundian mengikut peruntukan undang-undang.

DUN Melaka mempunyai komposisi sebanyak 28 kerusi dengan mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember depan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal. – Khabardotmy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *