‘Keluarga saya kini lengkap’ — Bella Astillah luah syukur
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam.
Bella menyifatkan segala pengalaman yang dilaluinya sebelum ini membawa dirinya kepada detik bahagia tersebut.
“Segala yang saya lalui membawa saya ke saat ini. Hati saya dipenuhi kebahagiaan. Keluarga saya kini lengkap. Alhamdulillah,” katanya di Instagram.
Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah di Aras 118, Menara Merdeka Maybank, di sini pada 10 Oktober.
Majlis pernikahan disempurnakan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan mas kahwin RM500. – Khabardotmy.com
