November 3, 2026

Perdana Menteri arah Imigresen siasat insiden kemalangan maut

0
Berapa besarkah tip RM5 buat ‘abang rider’ (34)

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh susulan insiden tiga sekeluarga maut selepas lori jabatan itu dilaporkan merempuh sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki di persimpangan Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi. 

Perdana Menteri menegaskan, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi sekiranya terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang.

“Salam takziah buat mereka yang terkorban dalam insiden tragis ini.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh. Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi,” katanya di laman sosial Facebook hari ini.

BH melaporkan, insiden tersebut menyebabkan tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas lori Jabatan Imigresen dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki.

Mangsa ialah lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kemalangan kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction.

Isteri mangsa berusia 55 tahun yang juga ibu kepada dua anak perempuan berkenaan cedera di kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki.

Mangsa kemudian dikejarkan ke zon merah Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori Isuzu milik Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang kosong, Proton Saga, Inokom Matrix dan empat pejalan kaki. – khabardotmy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *