November 2, 2026

Kebimbangan trend lepasan sekolah pilih bekerja awal daripada sambung pengajian 

0
Berapa besarkah tip RM5 buat ‘abang rider’ (16)

KUALA LUMPUR – Fenomena generasi muda memilih untuk terus bekerja tanpa menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah satu perkembangan yang kebimbangan.

Bekas Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, keadaan itu menggusarkan apabila statistik menunjukkan seramai 7,099 calon tidak hadir bagi semua mata pelajaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Beliau menegaskan bahawa trend itu berpotensi menjejaskan pembangunan modal insan serta menyebabkan negara kehilangan bakat yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Jika perkara ini berterusan, hasrat negara menjadi negara berpendapatan tinggi dan mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir mungkin tidak tercapai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau menekankan bahawa trend lepasan sekolah yang memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi memerlukan perhatian serius kerana ia berkait rapat dengan pembangunan modal insan negara.

Bagi sesi akademik 2026, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merekodkan 351,012 permohonan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui sistem UPUOnline. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 235,480 permohonan disahkan layak dengan 169,803 calon atau 72.11 peratus berjaya mendapat tawaran tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Mohd. Uzir berkata, purata umur wa­nita bagi kelahiran pertama kini mencecah 29 tahun berbanding awal 20-an kira-kira dua dekad lalu.

Beliau berkata, purata umur perkahwinan juga semakin lewat iaitu sekitar 28 tahun dan menunjukkan perubahan pola sosial yang boleh memberi implikasi kepada penduduk dan pembangunan negara pada masa depan. – Khabardotmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *