November 4, 2026

Pencerobohan Masjid al-Aqsa: Provokasi biadab rejim Zionis mesti dihentikan segera

0
Berapa besarkah tip RM5 buat ‘abang rider’ (43)

KUALA LUMPUR — Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan berulang kali oleh rejim Zionis di perkarangan Masjid al-Aqsa, sambil menyifatkannya sebagai provokasi melampau yang mencabul kesucian Al-Haram Al-Sharif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan menegaskan bahawa Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama dan tanah suci ketiga bagi umat Islam, wajib dipertahankan.

“Sejarah membuktikan bahawa pencerobohan biadab ke atas al-Aqsa sentiasa menjadi pencetus gelombang kebangkitan ummah.

“Rejim Zionis tidak boleh dibiarkan menormalisasikan tindakan ekstremis ini yang berisiko menolak dunia ke kancah konflik global yang lebih rumit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya mendesak komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas serta merta ke atas rejim Zionis, bukan sekadar mengeluarkan retorik kecaman.

“Kepada seluruh umat Islam, teruskan menyatukan saf solidariti dan memanjatkan doa qunut nazilah agar Allah memelihara kesucian Masjid al-Aqsa serta membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman kezaliman,” katanya lagi. – Khabardotmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *