Adeola hadiahkan emas sulung negara
KUALA LUMPUR – Atlet karate negara, Adeola Fay Robert berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun semalam.
Adeola, yang membuat penampilan sulung pada Sukan Asia kali ini, merangkul emas selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 pada final acara kumite bawah 55 kilogram (kg).
Pingat emas diraih Adeola hari ini turut menamatkan penantian skuad karate wanita Malaysia untuk merangkul emas Sukan Asia sejak Syakilla Salni melakukannya pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat Adeola Fay Robert.
Beliau berharap, kejayaan tersebbut membakar semangat seluruh kontinjen negara yang sedang menggalas cabaran di bumi Jepun.
“Teruskan berjuang dan harumkan nama Malaysia,” katanya.
Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang bermula Sabtu lepas akan berlangsung sehingga 4 Okt ini.- Khabardotmy
