November 2, 2026

‘…from the Ghazali family for Sarawak’, Johan ucap tahniah kepada adik rangkul emas SUKMA

0
Berapa besarkah tip RM5 buat ‘abang rider’ (38)

KUALA LUMPUR – Atlet Sarawak. Emylia Lynn Ghazali Zulfikar, juga dikenali sebagai Mia Ghazali berjaya merangkul emas dalam acara muay thai wanita 42-45 kilogram (kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Mia telah menewaskan wakil Johor, Damia Husni Azian dengan keputusan 34-33 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di KSL Esplanade Mall, Klang semalam.

Kejayaan Mia tersebut itu sekali gus meneruskan legasi keluarganya dalam sukan tersebut.

Sementara itu, abang kepada Mia yang juga jaguh muay thai negara, Johan Ghazali berkata, keluarga Ghazali  telah menghadiahkan pingat emas secara berturut-turut kepada negeri Sarawak iaitu pada 2022, 2024 dan 2026.

Beliau menzahirkan kesyukuran atas kemenangan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada adik bongsunya itu.

“Thank you and you’re welcome. Alhamdulillah,”katanya di media sosial. – Khabardotmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *