July 29, 2026

Onn Hafiz rayu sokongan Bangsa Johor, angkat calon BN penggerak masa depan

0
Berapa besarkah tip RM5 buat ‘abang rider’ (9)

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu pengundi memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau memohon agar calon-calon gabungan itu diberikan ruang untuk berkhidmat, mendengar suara dan membawa setiap harapan rakyat untuk diperjuangkan sebaiknya.

“Insya-Allah, kami akan terus bekerja keras untuk membela nasib rakyat, memperkukuh ekonomi dan meneruskan pembangunan yang memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.

“Semoga Allah SWT mengurniakan yang terbaik buat Johor dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 ini dan memberkati setiap usaha kita,” katanya.

Rayuan tersebut disampaikan beliau susulan siri Jelajah Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang menyaksikan beliau turun padang mendekati pelbagai lapisan masyarakat di Batu Pahat, Kluang, dan Mersing.

Menurut beliau, setiap pertemuan dan pandangan yang dikongsikan oleh rakyat, termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan golongan muda, menjadi suntikan semangat untuk beliau terus memacu kemajuan negeri.

“Syukur Alhamdulillah, saya gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan Bangsa Johor daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Setiap wajah, setiap sapaan, dan setiap pandangan yang dikongsikan memberi semangat kepada saya untuk terus bekerja dan berusaha sebaik mungkin demi negeri yang kita cintai ini,” ujar beliau.

Beliau turut memperkenalkan barisan calon BN yang disifatkan sebagai individu berkaliber yang bersedia menggalas amanah rakyat. – Khabardotmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *